Konsonan desis

Konsonan desis atau sibilan (Inggeris : 'bunyi desis, desar, siut') ialah konsonan geseran yang lebih kuat yang dibuat dengan mengarahkan udara ke gigi dengan lidah.[1] Konsonan desis terdapat pada awal perkataan sirap, zip, syampu, dan dalam sesetengah sebutan Malaysia (/məleʒə/). Simbol-simbol Abjad Fonetik Antarabangsa untuk bunyi-bunyi ini ialah [s] [z] [ʃ] [ʒ]. Konsonan desis mempunyai bunyi yang kuat, berguna untuk menarik perhatian seseorang (contohnya, "pst!") atau meminta orang senyap ("syyy!").Dalam konsonan desis gusi desiran iaitu [s] dan [z], belakang lidah membentuk alur sempit untuk membuat aliran udara lebih kuat, menghasilkan pic yang tinggi. Dalam konsonan desis desauan, seperti [ʃ], [tʃ], [ʒ], dan [dʒ], lidah lebih mendatar, menghasilkan pic yang lebih rendah.[2][3]Satu kategori yang lebih besar ialah lantam, yang merangkumi lebih banyak konsonan geseran daripada desisan seperti konsonan uvular. Konsonan desis ialah sejenis bunyi yang lebih tinggi picnya daripada konsonan lantam. Konsonan desis dalam bahasa Melayu ialah:manakala lantam-lantam Melayu alah:kerana /f/ dan /v/ adalah konsonan lantam tetapi bukan desisan kerana bunyi-bunyi ini mempunyai pic yang lebih rendah.[4][5][6]"Kelantaman" ialah betapa kuat dan amatnya bunyi konsonan desis, atau konsonan geseran atau letusan rintangan, yang mana gigi digunakan untuk menghalang aliran udara. Konsonan geseran dan letusan tak desis dibuat tanpa menggunakan bibir tetapi sebaliknya dengan lidah, bibir atau bahagian lain mulut.[perlu rujukan]Bunyi konsonan desis adalah kuat menjadikan sebarang kelainan pada cara lidah dibentuk dan diposisikan mudah diperasan. Ini menghasilkan keanekaragaman konsonan desis yang terdapat dalam bermacam-macam bahasa.

Rujukan

WikiPedia: Konsonan desis https://books.google.com/books?id=gBeFDwAAQBAJ https://books.google.com/books?id=2ivgDwAAQBAJ https://books.google.com/books?id=cq0PEAAAQBAJ https://literarydevices.net/sibilance/ https://theproaudiofiles.com/vocal-sibilance/ http://www.coracoralina.ueg.br/visao_academica/rev... https://web.archive.org/web/20131203010719/http://... http://www.abralin.org/abralin11_cdrom/artigos/Fla... http://www.speech.umaryland.edu/Publications/Jasa9... https://doi.org/10.2307%2F340806